Suspek yang ditahan susulan kes dera pasangan di Kuching. - Foto IPD Kuching

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 41 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan melibatkan keganasan rumah tangga di Tabuan Tengah, Kuching, Sarawak pada 4 April lalu. 

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga anak Chabu, berkata tangkapan dibuat kira-kira jam 12 tengah hari susulan laporan kejadian yang berlaku sehari sebelum itu, pada 3 April.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kes turut disiasat bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman dua kali ganda daripada tempoh maksimum sekiranya kesalahan melibatkan pasangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah serta segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast