Sebahagian warga asing yang diperiksa oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

KUCHING – Seramai 31 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak yang dijalankan selama dua hari bermula 6 hingga semalam.

Operasi melibatkan 23 pegawai imigresen itu menyasarkan premis makanan di sekitar bandar Kuching serta penempatan pekerja ladang sawit persendirian di kawasan Sebuyau.

Sebahagian 31 warga asing yang ditahan JIM.

Dalam pemeriksaan di beberapa premis makanan di Kuching, seramai 21 warga asing ditahan kerana disyaki melanggar peruntukan undang-undang imigresen.

Operasi kemudian diteruskan pada sebelah malam di rumah pekerja ladang sawit di Sebuyau, yang membawa kepada penahanan tambahan sehingga menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 31 orang.

Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut.

JIM menegaskan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan serta memberi amaran kepada majikan dan individu agar mematuhi undang-undang imigresen yang berkuat kuasa. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast