Had kelayakan asas bulanan di bawah Budi MADANI RON 95 telah meningkat daripada 200 kepada 300 liter berkuat kuasa 1 September tahun ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menegaskan dakwaan ketiadaan bekalan petrol RON95 di negeri ini tidak tepat sebaliknya ia hanya melibatkan satu stesen minyak.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, pihaknya setakat ini hanya menerima satu laporan berhubung gangguan bekalan RON95 manakala isu melibatkan diesel pula dikesan membabitkan lima stesen dengan semua stesen yang terlibat adalah daripada jenama Shell.

“Kita telah mengadakan mesyuarat bersama semua syarikat minyak utama pada Jumaat lalu. Dalam mesyuarat tersebut, pihak Shell memaklumkan berlaku sedikit gangguan bekalan disebabkan kapal yang membawa bekalan lewat tiba daripada jadual asal.

Jegan.

“Syarikat berkenaan kini sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menangani gangguan bekalan tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Jegan, hasil mesyuarat sama mendapati stesen minyak jenama lain tidak mengalami sebarang masalah dan bekalan masih boleh diperoleh dengan mudah.

“Sehubungan itu, kita menasihatkan orang ramai supaya tidak panik kerana situasi bekalan bahan api di negeri ini adalah terkawal,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast