Suspek yang ditahan berkaitan kes dadah. - Foto IPD Sandakan

SANDAKAN – Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan bersama syabu seberat 106.21 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pulau Shanghai, di sini, semalam.

Serbuan dijalankan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Sandakan hasil maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah.

Menurut kenyataan IPD Sandakan di Facebook, suspek ditahan di lokasi dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Pejabat BSJND IPD Sandakan untuk ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis amphetamine.

Dadah yang dimiliki suspek yang telah dirampas. – Foto IPD Sandakan

“Berikutan itu, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kataya.

Operasi tersebut dilaksanakan selaras dengan usaha Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman dalam membanteras jenayah dadah di daerah itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast