Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa, Azmi Ismail, 48, guru Sekolah Agama Tahfiz Al-Quran Al-Abqari meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.

ALOR GAJAH – Seorang guru lelaki sebuah sekolah tahfiz maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh lori sampah ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Tanjung Bidara di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa, Azmi Ismail, 48, guru Sekolah Agama Tahfiz Al-Quran Al-Abqari meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Melaka berkata, Superintenden Muhammad Zaki Ramat

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Melaka berkata, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, siasatan awal mendapati lori sampah berkenaan dipandu lelaki berusia 37 tahun dari arah Pengkalan Balak menghala ke Kem Terendak.

“Ketika kejadian, lori terbabit dipercayai telah memperlahankan kenderaan sebelum berhenti di bahu kiri jalan.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda ADV dari arah belakang dipercayai gagal mengelak lalu melanggar bahagian pemijak kaki sebelah kanan belakang lori tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa, Azmi Ismail, 48, guru Sekolah Agama Tahfiz Al-Quran Al-Abqari meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.

Tambahnya, pelanggaran itu, mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pukul 10.15 pagi ketika menerima rawatan.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif daripada sebarang pengaruh dadah,” tambahnya.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda ADV dari arah belakang dipercayai gagal mengelak lalu melanggar bahagian pemijak kaki sebelah kanan belakang lori.

Muhammad Zaki berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, manakala kedua-dua kenderaan terlibat ditahan bagi tujuan pemeriksaan PUSPAKOM.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Salina Rosli di talian 011-25435507 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast