Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu juruterbang wanita cedera parah selepas dipercayai ditikam dalam satu kejadian di sebuah unit kediaman di Bandar Sunsuria di sini malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan serius itu kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menjalani pembedahan di Hospital Serdang.

Sumber memaklumkan kejadian tersebut berlaku lewat malam namun butiran lanjut termasuk motif serangan dan identiti suspek masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Setakat ini, MalaysiaGazette masih berusaha mendapatkan pengesahan rasmi serta perkembangan lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast