ISLAMABAD – Mesyuarat antara pegawai-pegawai perunding dari Iran dan Amerika Syarikat yang berlangsung selama 15 jam di Islamabad, Pakistan terpaksa diteruskan pada Ahad.
Pegawai-pegawai Iran memulakan rundingan terlebih dahulu dengan pegawai Pakistan pada jam 1 petang waktu tempatan semalam sebelum bertemu delegasi Amerika.
Rundingan maraton tersebut kemudiannya berlanjutan sehingga jam 3.40 pagi tadi (waktu tempatan) sebelum ditangguhkan dan dijadualkan disambung semula beberapa jam lagi, hari ini.
Media-media melaporkan, rundingan tersebut terpaksa dilanjutkan pada Ahad susulan tuntutan tidak munasabah yang dikemukakan AS khususnya berkaitan Selat Hormuz serta ketegasan delegasi Iran dalam mempertahankan kepentingan negara mereka.
Berikutan itu, Pakistan mencadangkan agar rundingan diteruskan ke pusingan seterusnya pada Ahad dan dipersetujui AS serta Iran.
Media turut melaporkan, Presiden Donald Trump membuat kenyataan bahawa beliau tidak peduli mengenai hasil rundingan AS-Iran di Pakistan kerana menegaskan AS telah pun memenangi perang tersebut. -AGENSI
















