KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pelajar lelaki sebuah universiti swasta yang percayai mencederakan wanita di sebuah apartmen di Bandar Sunsuria, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman lelaki warga tempatan berusia 22 tahun itu ditahan kelmarin selepas menyerang wanita berusia 34 tahun dengan senjata tajam.
Katanya, sehingga kini mangsa dalam keadaan kritikal namun stabil di sebuah hospital.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan dilaporkan Berita Harian sebagai berkata.
Tambah beliau, sehingga kini pihaknya merakamkan 10 keterangan.
Selain itu, ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dan lelaki itu juga tiada sebarang rekod jenayah.
“Suspek direman selama tujuh hari bermula lalu hingga 16 April bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Terdahulu menurutnya, siasatan awal mendapati suspek menyewa salah sebuah bilik di apartmen itu melalui aplikasi penginapan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mangsa.
Jumaat lalu MalaysiaGazette melaporkan seorang pembantu juruterbang dipercayai wanita cedera parah selepas dipercayai ditikam dalam satu kejadian di sebuah unit kediamannya di Bandar Sunsuria. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
















