Kredit: FB Polis Daerah Sungai Buloh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab sehingga warga Pakistan berjaya melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh,  baru-baru ini.

Beliau turut menggesa supaya pihak berkuasa memberi penjelasan penuh bagaimana tahanan itu meloloskan diri dan mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian.

“Tahanan ini berdepan kes jenayah serius. Bagaimana individu berisiko tinggi boleh meloloskan diri dengan begitu mudah?

“Adakah dia berjalan keluar tanpa disedari, memanjat tembok, atau bersembunyi di bawah lori untuk keluar seperti dalam filem Hollywood? Adakah wujud bantuan orang dalam atau luar?” soalnya.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketat pemeriksaan di semua pintu sempadan negara bagi mengesan tahananyang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, Selangor pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata kawalan ketat itu bagi mengelakkan suspek Muhammad Hassan, 24, melarikan diri ke luar negara.

Sebagai rekod, suspek melarikan diri daripada kawalan polis di Padang Kawad Penjara Sungai Buloh pada 6 petang selepas menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam, Selangor.

Suspek yang ditahan bagi perbicaraan berkaitan kes seksual terhadap kanak-kanak dan kesalahan imigresen kali terakhir dilihat memakai kemeja-T oren dan seluar panjang hitam. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast