Dua wanita terselamat selepas kereta dinaiki terbakar di Jalan Endau-Mersing, Kampung Lembaga, Mersing, hari ini.

MERSING – Dua wanita termasuk seorang warga emas berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki terbakar namun sempat menyelamatkan diri dalam insiden di Jalan Endau-Mersing, Kampung Lembaga di sini hari ini.

Hasnah Yaacob, 52 tahun dan Khadijah Siratman, 67 tahun menyedari kereta Perodua Viva dinaiki terbakar sebelum memberhentikan kenderaan itu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Fazrul Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 7.41 pagi.

Susulan itu katanya, seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 3 kilometer.

“Setibanya di lokasi berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta sudah terbakar kira-kira 80 peratus. Kereta tersebut terbakar semasa mereka dalam perjalanan.

“Pemandu dan penumpang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, Pihak bomba bertindak memadam kebakaran dan operasi selesai pukul 8.17 pagi,” katanya dalam kenyataan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast