Jabatan Pengangkutan Jalan telah memanggil pemandu yang tular memandu sambil meriba seorang wanita ketika bas ekspres bergerak di atas lebuh raya.
Bercakap kepada wartawan Malaysia Gazette, Nurayuni Johari, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya turut memanggil pemilik syarikat terbabit, pagi ini.















