Tangkap layar memaparkan mangsa sedih selepas telefon bimbit miliknya dilarikan suspek di Setia Alam.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berputih mata apabila telefon bimbit miliknya dilarikan seorang lelaki yang menyamar kononnya ingin membuat semakan pekerja di Setia Alam dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang bekerja di sebuah premis makanan pukul 5.03 petang.

Pengadu berusia 20-an memberitahu, dia telah diperdaya dengan suspek yang menggunakan taktik meminjam telefon bimbit sebelum melarikan diri.

“Rakaman kamera litar tertutup memaparkan suspek datang ke premis itu dan bertanyakan beberapa soalan kepada pengadu dengan alasan ingin membuat semakan pekerja di premis cawangan. bagi tujuan membuat catatan berkaitan perkara diatas.

“Pengadu telah menyerahkan telefon bimbit dan suspek terus menghilangkan diri bersama telefon bimbit tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ramsay, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Shah Alam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum satu tahun hingga 10 tahun, sebat dan denda jika disabit kesalahan.

“Orang ramai dinasihat  agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai individu yang tidak dikenali dan sentiasa peka terhadap taktik penyamaran yang sering digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memperdaya mangsa,” jelasnya.

Katanya lagi, mana-mana individu yang mempunyai maklumat kes ini boleh menyalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat

Sjn Ahmad Syahir Qayyum Bin Ariff di talian 011-16621816 atau IPD Shah Alam di talian 03-55202222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast