Datuk Onn Hafiz Ghazi menyerahkan sumbangan sambil diperhatikan Datuk Seri Fadillah Yusof dalam perasmian Projek Kampung Angkat Madani di Kampung Orang Asli Berasau, Kluang, hari ini.

KLUANG – Kerajaan menyasarkan 500 Kampung Angkat Madani di seluruh negara pada tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, sasaran itu selepas impak positif yang diterima masyarakat luar bandar melalui pelaksanaan inisiatif tersebut.

“Inisiatif Kampung Angkat Madani diperkenalkan semasa Belanjawan 2024 sebagai pendekatan Whole of Government bagi meningkatkan kemudahan asas masyarakat luar bandar.

“Sebanyak 43 kampung menerima manfaat daripada inisiatif itu pada tahun 2024, sebelum meningkat kepada 219 kampung pada tahun 2025.

“Kerajaan seterusnya mensasarkan sebanyak 500 Kampung Angkat Madani pada tahun 2026 berikutan sambutan positif yang diterima,'” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Projek Kampung Angkat Madani di Kampung Orang Asli Berasau, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast