YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada 6 wakil sekolah Maahad Tahfiz di Perdana Putra, Putrajaya. . SHAHNAZ FAZLIE/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan keyakinan kepada institusi pondok untuk meneroka bidang baru dan dalam masa sama mengekalkan tradisi turath al-Islami selain penguasaan segmen digital khususnya kecerdasan buatan (AI).

Katanya, ini kerana bidang-bidang baharu termasuk AI penting untuk dikuasai dalam menghadapi cabaran semasa.

“Moga ikhtiar ini akan membina landasan yang kukuh dengan asas yang kuat bagi masa hadapan pendidikan Islam di rantau ini,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu Anwar berkata, beliau hari ini menerima kunjungan hormat dari enam wakil pondok terpilih dalam program Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam (IPI), di Putrajaya.

Menurutnya, program rintis itu digerakan hasil Inisiatif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, antara pondok yang menjadi perintis dalam projek itu adalah Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, Pokok Sena; Pusat Pengajian Pondok, Kandis, Bachok dan Institut Ahmad Ibni Idris (SAIFI), Rembau.

Turut serta dalam program rintis itu adalah Pusat Pendidikan Ribath Al-Musthofa, Kuantan; Pondok Darul Furqan, Ipoh dan Maahad Ihya Ulumiddin, Mengkuang Titi, Bukit Mertajam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast