Sultan Pahang zahir dukacita, simpati kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia.

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada mangsa kebakaran perkampungan atas air di Kampung Bahagia di Batu Sapi, Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang berharap supaya mangsaa yang terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian berkenaan.

“Paduka Baginda berdua juga mendoakan agar semua mangsa sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta keadaan kembali pulih seperti sediakala dalam kadar segera,” katanya.

Dalam masa yang sama, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat dan bantuan kecemasan kejadian itu serta berharap segala usaha pemulihan dapat dilaksanakan segera.

Terdahulu dilaporkan, kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia yang berlaku pada awal pagi mengakibatkan lebih 9,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Sehingga kini, sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 248 orang daripada 219 keluarga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast