Kobbie Mainoo. Foto FAREEZ FADZIL, 28 MEI 2025.

LONDON – Manchester United dilaporkan hampir mencapai persetujuan untuk kontrak jangka panjang baharu bersama Kobbie Mainoo dengan gaji £7.8 juta dengan persetujuan lisan telah dicapai untuk kontrak lima tahun.

Pengurusan tertinggi kelab juga berharap dapat memuktamadkannya sebelum akhir musim termasuk kenaikan gaji besar kepada sekitar £150,000 seminggu atau £7.8 juta setahun.

Mainoo ketika ini telah kembali menjadi pemain penting di bawah kendalian Michael Carrick dan menampilkan prestasi luar biasa selepas melalui tempoh sukar sebelum ini di bawah Ruben Amorim.

Hujung tahun lalu, Mainoo dilaporkan ingin meninggalkan Old Trafford bulan depan selepas hubungan 20 tahun bersama kelab itu dikatakan berada pada tahap kritikal.

Pemain tengah berusia 20 tahun itu langsung tidak diturunkan dalam dua aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Namun United sebelum ini menolak usaha pemain itu menyertai Napoli secara pinjaman pada musim panas lalu kerana mereka tidak dapat mencari pengganti dan Amorim memberi amaran situasi kini tidak jauh berbeza.

Mainoo sebelum ini berada dalam kesebelasan utama England ketika tewas kepada Sepanyol pada final Euro 2024, kurang dua bulan selepas meledak gol buat United dalam kemenangan final Piala FA menentang Manchester City.

Bagaimanapun, kariernya mula merudum di bawah kendalian Amorim yang menegaskan Mainoo perlu bersaing dengan kapten, Bruno Fernandes untuk mengisi posisi tengah. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast