Seorang penunggang motosikal dan pembonceng cedera akibat terjatuh di atas jalan selepas dilanggar sebuah kereta dari belakang di Jalan 16/11, Petaling Jaya semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya telah mengesan video insiden itu tular di media sosial sekitar jam 3 petang.















