KOTA TINGGI – Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang cedera selepas tertembak diri sendiri di bahagian dada di sini hari ini.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Lek Khang sedang mengadakan sesi latihan menembak di sebuah pusat latihan menembak di sini pukul 3 petang tadi.
Beliau dikejarkan ke Hospial Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan sedang menerima rawatan serta dilaporkan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi dihubungi berkata, satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat.- MalaysiaGazette
















