Heliza Helmi (kanan) bersama adiknya, Hazwani Helmi.

KUALA LUMPUR – Akibat kerosakan teruk kapal, beberapa selebriti termasuk Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani dihantar pulang ke tanah air daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Menurut kenyataan Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), selain adik beradik itu, Nurul Hidayah Mohd Amin atau Ardell juga sudah selamat tiba di tanah air.

Ketiga-tiganya akan memulakan tugas rasmi di pangkalan SNCC Sepang yang kini turut berfungsi sebagai Pangkalan Operasi Serantau melibatkan penyelarasan strategik dari tujuh buah negara.

Sementara itu, SNCC sekali lagi menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi ini dan menggesa rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan moral serta mendoakan keselamatan seluruh armada GFS.

SNCC mengesahkan bahawa misi GSF kini telah memulakan pelayaran keluar dari Pelabuhan Catania, Itali untuk meneruskan misi kemanusiaan ke destinasi seterusnya.

“Misi ini menyaksikan penggabungan strategik di antara kumpulan flotila dari Barcelona sebanyak 40 buah kapal dengan kumpulan Itali, menjadikan jumlah keseluruhan armada kini mencecah 56 buah kapal.

“SNCC memaklumkan terdapat beberapa buah kapal yang kini sedang menjalani proses teknikal dan pembaikan di Pelabuhan Catania. Kapal-kapal berkenaan akan menyusul dan menyertai semula armada utama sebaik sahaja proses pembaikan disempurnakan.

Keseluruhan 36 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada boat engineer, kapten, pasukan perubatan (medic), kru kapal serta penganjur, dan peserta kini berada dalam keadaan sihat dan bersemangat tinggi untuk meneruskan fasa pelayaran ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast