Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bercakap kepada media mengenai kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis bunga ganja dan 'call canter' penukaran wang ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2026.

SHAH ALAM – Pasangan suami isteri yang juga pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati yang telah melarikan diri ke luar negara sehari sebelum dituduh di mahkamah masih belum dijumpai.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memberi jaminan pihaknya sentiasa bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) untuk terus mengesan dan menangkap kedua-dua individu berkenaan.

“Tindakan sewajarnya telah diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan sekiranya dapat dikesan di negara-negara berkaitan, tangkapan dapat dijalankan dan dapat membantu pihak PDRM.

“Jika ada tangkapan, pihak Interpol dan PDRM akan dimaklumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di IPK Selangor, hari ini.

Sebelum ini, Shazeli dilaporkan mengesahkan pasangan suami isteri itu melarikan diri ke sebuah negara Asia Tenggara pada 13 Oktober tahun lalu.

Kedua-dua mereka sepatutnya dihadapkan ke Mahkamah pada 14 Oktober tahun lalu.

Sebagai rekod, siasatan polis sebelum ini mendapati penganjuran acara Queen’s Night pada September 2024 mencetuskan kontroversi apabila didapati berlaku adegan bogel membabitkan empat individu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast