KUALA LUMPUR – Terdapat 13 kawasan di Semenanjung Malaysia direkodkan berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Menurut Jabatan Meteorologi (MeTMalaysia) 13 kawasan berkenaan adalah Perlis, (Kubang Pasu, Kota Setar & Padang Terap) Kedah, (Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai & Machang) Kelantan, (Jerantut) Pahang dan (Gombak, Petaling & Sepang) Selangor.
Selain itu katanya, dua lagi kawasan di Sabah dan Sarawak pada tahap yang sama iaitu iaitu (Beaufort & Telupid) Sabah dan Limbang (Sarawak).
MeTMalaysia berkata, maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.-MalaysiaGazette
















