KUALA LUMPUR –  Sebanyak 10,000 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang secara bersepadu di sekitar ibu kota termasuk di kawasan hotspot bagi memperkukuh pemantauan, penguatkuasaan dan pengurusan bandar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata inisiatif yang dilaksana DBKL bersama Pihak Diraja Malaysia (PDRM) secara bersepadu itu dijangka akan dapat mengurangkan 50 peratus jenayah di ibu kota.

Jelasnya beliau sistem yang menelan belanja RM500 juta itu akan dapat membantu polis menjalankan siasatan dan pengesanan wajah penjenayah.

“CCTV telah dipasang dan diintegrasikan di lokasi strategik termasuk jalan utama, persimpangan, kawasan awam dan pusat komersial,” katanya ketika sidang media di Menara DBKL, hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud dan Ketua Polis KL, Datuk Fadil Marsus.

Jelasnya beliau, sistem CCTV yang dipasanv kali ini bukan sekadaR merakam sebaliknya mampu mengesan, menganalisis dan mencetuskan tindakan secara masa nyata, membolehkan respons antara agensi dibuat dengan lebih pantas dan terselaras.

Menurut beliau, selain pengecaman wajah  antara keupayaan sistem CCTV berkenaan adalah Geo-fencing untuk pemantauan berterusan di kawasan berisiko tinggi dan analitik tingkah laku.

“Analitik tungkah laku akan mengesan pergerakan mencurigakan atau

aktiviti luar biasa dan mencetuskan amaran automatik kepada Pusat

Kawalan & Operasi Kuala Lumpur (KL Command and Control Centre).

“Sistem Siar Raya Bersepadu yang membolehkan amaran diberikan secara

terus di lokasi sebelum pasukan penguatkuasa tiba,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Fadlun berkata, sebelum ini maklumat pemantauan sering terpisah antara agensi menyebabkan tindak balas tidak dapat dilakukan secepat yang diperlukan.

Selain itu katanya, sistem baharu pada kali ini mampu membantu pengesanan awal pelbagai insiden termasuk kemalangan, kecemasan, kesesakan luar jangka serta risiko banjir, sekali gus membolehkan tindakan diambil sebelum keadaan menjadi lebih serius.

“Melalui sistem bersepadu ini, jurang tersebut dapat ditutup, menjadikan koordinasi lebih cekap dan respons lebih tepat,” tambahnya.

Sementara itu, Fadli berharap sistem baharu CCTV kali ini akan dapat sentiasa ditambah baik mengikut keperluan semasa di ibu kota.

“Bagi pihak PDRM ini merupakan pencapaian yang baik dan kita percaya ia akan dapat membantu polis.

“Saya mewakili PDRM berharap sistem ini ditambah baik dari sudut pengendalian dan teknologi hingga kita boleh mengawal lalu lintas, sebab kita tahu di KL selain jenayah masalah semasa adalah kesesakan lalu lintas,” tambahnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast