Logo UMNO . Foto SYAFIQ AMBAK, 14 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Tiga sayap UMNO Negeri Sembilan mengecam penutupan kediaman rasmi dan Balai Luak Undang Sungei Ujong dan mendakwa tindakan tersebut menunjukkan kegagalan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam menguruskan krisis adat yang sedang berlaku di negeri itu.

Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Negeri Sembilan berkata, arahan penutupan yang tergesa-gesa itu dilihat sebagai tidak wajar, tidak sensitif selain satu penyalahgunaan kuasa pentadbiran.

“Tindakan tergesa-gesa ini hanya mengesahkan kebimbangan mengenai krisis ini telah gagal diurus dengan bijaksana oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Ia juga menguatkan alasan mengapa keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar telah hilang sejak tercetusnya krisis ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Negeri Sembilan bersolidariti dan sebulat suara memandang serius arahan penempatan semula semua kakitangan Balai Undang Luak Sungei Ujong yang berkuat kuasa pada 28 April 2026 serta pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Sungei Ujong sehari selepas itu.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/04/30/kediaman-rasmi-balai-undang-luak-sungei-ujong-diarah-dikosongkan/

Katanya, arahan tersebut jelas dikeluarkan ketika Balai Undang Luak Sungei Ujong sedang menguruskan pertikaian yang belum selesai melibatkan Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.

Semalam, media melaporkan mengenai penularan sepucuk surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang menggarahkan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong, di Ampangan, Negeri Sembilan, dikosongkan berkuat kuasa serta-merta.

Surat bertarikh 29 April itu ditujukan kepada Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong susulan keputusan sidang khas Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada 17 April lalu.

Surat berkenaan ditandatangani Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Akmal Farid Rizal Noordin. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast