KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gagal menyatukan orang Melayu di negara ini.
“Saya telah usaha lebih dari dua tahun untuk menyatu orang Melayu. Saya perlu akui saya gagal,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Oleh itu, Dr Mahathir berpandangan, negara tercinta ini akan terlepas dari tangan orang Melayu.
“Dan tamatlah sejarah orang Melayu kerana mereka lebih utama nasib pemimpin dari bangsa, negara dan agama,” katanya.
Sebelum ini Dr Mahathir pernah menerajui penyatuan berkonsep Payung Besar bagi menggabungkan orang Melayu.
Inisiatif untuk menyatukan parti politik, NGO dan tokoh Melayu di bawah satu platform sekretariat khusus, bertujuan memperkukuh kuasa politik Melayu menjelang PRU akan datang. – MalaysiaGazette
















