Dua individu yang memandu kenderaan berasingan bertindak meninggalkan 20 pendatang tanpa izin, PATI di perkarangan Masjid Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang selepas kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata ketika kejadian anggota bertugas membuat rondaan sebelum mengesan sebuah Toyota Innova dan Nissan Serena dalam keadaan mencurigakan.















