Seorang wanita warga emas maut manakala tujuh lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 17.7 Jalan Sibu-Selangau, Lebuh Raya Pan Borneo, malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Yap Li Yun, 66, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) selepas tersepit di tempat duduk penumpang hadapan MPV jenis Perodua Aruz.















