KUALA LUMPUR – Polis mencari Siti Aliah Clara Noruddin berusia 22 tahun yang hilang sejak 30 Mac lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Abang Kaderi Abang Wasli remaja berusia 22 tahun itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di No 65, Jalan KJ 1C/2 Taman Kundang Jaya, Rawang.
“Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak sedang menjalankan siasatan berkaitan kes Orang Hilang (OH) bersabit laporan Kundang,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, katanya, laporan kehilangan dibuat pada 6 April lalu.
Menurut beliau, Siti Aliah berketingian 165 sentimeter, berat 50 kilogram, kurus tinggi dengan ciri bentuk muka bulat, warna kulit putih.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja tersebut menghubungi pihak polis dengan segera.
“Mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Kundang, IPD Gombak, Sarjan Zulkafli Abd Manaf di talian 03-60341222/013-6350555,” ujarnya. – MalaysiaGazette
















