Gambar hiasan.

PEKAN – Seorang lelaki warganegara Kemboja ditemukan maut selepas jatuh ke dalam Sungai Pahang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mayatnya ditemukan terapung di tepian Pulau Babi di sini kira-kira pukul 8.05 pagi semalam.

“Mangsa berusia 51 tahun sebelum itu dilaporkan hilang oleh individu dipercayai adiknya selepas terdapat serbuan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di kawasan tersebut.

“Apabila membuat semakan dengan pihak JIM, difahamkan cuma isteri dan enam orang anak-anak mangsa telah ditangkap tetapi si mati tiada dalam senarai tangkapan.

“Bagaimanapun, tiada saksi bebas yang nampak mangsa terjun ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Zaidi, hasil pemeriksaan awal yang dibuat terhadap tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kesan berunsur jenayah.

Seterusnya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh Pegawai Perubatan Forensik Hospital Pekan terhadap mayat si mati mengesahkan punca kematian adalah lemas,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya telah dituntut oleh waris bagi tujuan pengebumian dan kes itu diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast