MAKKAH – Dua lagi orang jemaah haji Malaysia bagi Musim Haji 1447H/2026M dari Kumpulan KT12 yang menginap di Hotel Al Kiswah telah meninggal dunia di Makkah.
Jemaah pertama, seorang wanita berasal daripada Sitiawan, Perak, berusia 72 tahun dan hadir bersama sepupunya ke Tanah Suci.
Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada 12 Mei pukul 12.36 tengahari akibat pendarahan otak.
Manakala jenazah kedua merupakan seorang jemaah lelaki berasal daripada Kuantan, Pahang, berusia 67 tahun yang datang bersama isteri ke Tanah Suci.
Beliau telah disahkan meninggal dunia di Makkah Medical Centre pada 13 Mei pukul 10 malam akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Kedua-dua jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas selesai proses dokumentasi dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah.
“TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette
















