KUALA LUMPUR – Sebuah bengkel kenderaan di Jalan Besar, Salak Selatan di sini hangus dijilat api awal pagi tadi.

Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) balai itu menerima panggilan pada 8.07 pagi melalui talian NG999.

“Seterusnya jentera Balai Jagaan dari BBP Bandar Tun Razak Bersama bantuan daripada BBP Pudu dan BBP Hang Tuah telah digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, bengkel berkeluasan 30×30 kaki persegi itu didapati terbakar sehingga 80 peratus.

Walaubagaimanapun katanya, kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Turut terbakar sebuah lori dan sebuah van,”tambahnya.

Terdahulu katanya, seramai 16 anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran selain dua Fire Rescue Tender (FRT) dan masing-masing satu tanker dan EMRS.

Dalam pada itu, JBPM KL memaklumkan api berjaya dikawal pada 8.42 pagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast