Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ahmad Fadhli Shari bercakap kepada media mengenai keputusan inkues bagi menentukan punca kematian Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pas mendakwa keputusan kerajaan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dibuat demi meraih undi.

Malah Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, susulan pengumuman mengenai peluang kemasukan lepasan tahfiz ke program tertentu di IPTA ramai penyokong Madani sedang berhempas pulas mengelirukan keadaan mengataan kelonggaran ditetapkan dengan mewajibkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kononnya walaupun kelonggaran diberikan, dalam masa yang sama, dinyatakan kewajipan ada Sijil SPM. Sekali baca kita rasa okeylah. Selamat. Kot mana pun kena ada SPM. Jadi tak kisahlah dia nak ada sijil UEC pun,” katanya menerusi Facebook.

Namun beliau menyifatkan, ada perkara halus yang tidak disedari iaitu sistem merit yang diperlukan untuk lepasan SPM masuk IPTA.

“Sistem merit ni adalah seperti berikut; Markah Akademik: 90 peratus; markah Koko : 10 peratus; markah akademik 90 peratus pula dipecahkan kepada;

“40 peratus peratus: Subjek Teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik); 30 peratus: Subjek Pakej (Pakej Aliran STEM A/B/C atau Sastera), 10 peratus: Subjek Terbaik (Baki subjek terbaik),” katanya.

Dalam masa yang sama, Ahmad Fadhli mempersoalkan jika pelajar sekolah Cina lepasan SPM mengambil UEC dibenarkan memohon IPTA menerusi sistem merit.

“Okey katalah Si A adalah pelajar sekolah Cina yang ambil UEC. Kemudian dia ambil SPM hanya subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah (subjek minimum untuk dapat Sijil SPM).

“Untuk dia masuk ke IPTA menerusi sistem merit, adakah bagi markah subjek teras, subjek BI, Math, subjek pakej, subjek terbaik lain, akan diambil dari sijil UEC? Kalau ya, ini sudah menjadi pengiktirafan sijil UEC secara halus,”tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Tambah beliau, adalah tidak adil kepada pelajar yang ambil subjek-subjek SPM bersaing untuk markah merit dengan pelajar ambil subjek sijil UEC.

“Ini perlu diberi penjelasan oleh pihak KPM supaya rakyat Malaysia jelas. Adakah Kerajaan nak iktiraf UEC secara halus?,” soalnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast