Khairul Fahmi. Foto Sabah FC.

KUALA LUMPUR – Penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat mengucapkan selamat tinggal kepada Sang Badak selepas lima tahun bersama sejak tahun 2021.

“Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai “Apek” yang telah banyak berbakti buat Sang Badak, seorang abang besar dan idola kepada ramai pemain serta penyokong. Banyak kenangan dicipta dan inspirasi yang beliau berikan.

“Terima kasih atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan untuk kelab ini. Nama dan legasi Apek akan sentiasa menjadi sebahagian cerita Sabah FC.

“Selamat Maju Jaya untuk perjalanan seterusnya. Sabah akan sentiasa mengalu-alukan kepulangan legenda di sini,” umum Sabah FC di Facebook miliknya di sini.

Musim ini menyaksikan Khairul Fahmi membantu Sabah mara ke final Piala FA dan juga menjadi sebahagian daripada pasukan Sang Badak yang bergelar Piala Cabaran.

Nama bekas penjaga gol kebangsaan itu cukup dikenali kerana menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan Kelantan dalam Liga Super.

Antara trofi yang dimenangi Khairul Fahmi semasa bersama pasukan itu ialah Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Penjaga gol yang mesra disapa Apek itu juga membantu Malaysia bergelar juara ASEAN Championship edisi 2010. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast