KUALA LUMPUR – Jenama tempatan, Bartech Beautee sedang merangka pelan pengembangan untuk menembusi Indonesia mulai tahun ini dalam memperluaskan jenama produknya ke pasaran yang lebih besar.
Ketua Pegawai Eksekutif Bartech Empire, Shaharuddin Karim berkata, usaha itu selari dengan keputusan pihaknya memperkenalkan lebih banyak inovasi produk pada masa akan datang untuk terus berkembang dalam industri kecantikan negara.
Menurutnya, Bartech Beautee juga bakal memperkenalkan aplikasi sistem Bartech to AI yang memudahkan pengguna mengimbas kulit wajah secara atas talian melalui laman web mereka.
“Sistem AI ini membantu para pelanggan mengimbas kulit tanpa perlu pergi ke pusat kecantikan bagi menjimatkan masa dan kos.
“Sistem ini juga lebih fleksibel dan efektif bagi membantu pelanggan untuk terus mendapatkan produk kami selain bakal menerima pengiktirafan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Shaharuddin menambah, selain berjaya mengembangkan syarikat, Bartech Beauteebaru-baru ini telah menerima pengiktirafan dalam Anugerah Bumiputera Bestbrands 2026 kategori Consumer Cosmetics dan Anugerah The BrandLaureate Bumiputera Brandleadership Award Beauty & Cosmetics 2026.
Justeru katanya, jenama itu juga semakin aktif memperkukuhkan pengaruh di platform digital dan media sosial bagi mendekati lebih ramai pengguna, terutama generasi muda yang semakin peka terhadap penjagaan diri dan penampilan.
“Pendekatan pemasaran moden serta sokongan komuniti pengguna yang semakin berkembang menjadikan Bartech Beautee antara jenama tempatan yang berpotensi untuk terus berkembang dalam industri kecantikan negara,” katanya di mana jenama itu diasaskan oleh Nurul Adlinna Mohammad Bakri.
Beliau yang juga Pengarah Bartech Empire memberitahu, jenama tersebut dilihat semakin aktif memperkenalkan produk kecantikan yang menepati citarasa pengguna masa kini, khususnya golongan wanita yang mahukan penjagaan diri secara lebih praktikal, selamat dan berkualiti.
Nurul Adlinna berkata selain memberi fokus terhadap kecantikan luaran, Bartech Beautee turut menekankan aspek keyakinan diri dan gaya hidup sihat menerusi rangkaian produk yang dihasilkan mengikut trend serta permintaan semasa pengguna.
“Setiap produk yang diperkenalkan telah melalui proses penyelidikan dan pemilihan bahan secara teliti bagi memastikan ia sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna,” katanya. – MalaysiaGazette
















