Presiden Pas Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas memaklumkan Perikatan Nasional (PN) sedang mempertimbangkan kerjasama dengan parti baharu yang dijangka ditubuhkan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu sedang diperhalusi peringkat gabungan berkenaan dan tidak akan menjejaskan kedudukan PN.

Menurut beliau, Pas melihat kewujudan parti baharu tersebut sebagai sebahagian daripada dinamika politik semasa yang perlu diteliti secara menyeluruh.

“Itu akan dipertimbangkan dan tidak menjejaskan PN,” katanya ringkas dalam sidang media di Rusila, Terengganu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan penubuhan parti baharu oleh Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri.

Kenyataan itu sekali gus memberi bayangan bahawa PN masih membuka ruang kepada kerjasama politik baharu meskipun wujud spekulasi mengenai pergolakan dalaman membabitkan beberapa parti komponen gabungan tersebut.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai langkah Hamzah untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu susulan perkembangan semasa dalam Bersatu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Hamzah berhubung penubuhan parti tersebut mahupun hala tuju beliau selepas ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pas sedang kaji semula hubungan dengan Bersatu – Hadi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast