Ederson.

LONDON – Perbincangan antara Manchester United dan Atalanta mengenai perpindahan Ederson semakin menunjukkan perkembangan positif dan kemajuan telah dicapai dalam rundingan mendapatkan pemain tengah itu.

Kedua-dua pihak juga dilaporkan telah membincangkan syarat kontrak selama lima tahun buat Ederson.

Biar pun belum ada tawaran rasmi dikemukakan namun situasi itu boleh berubah dengan pantas dalam masa terdekat.

“Apa yang Manchester United suka mengenai Éderson ialah semangat juang tinggi, kebolehan merampas bola, kekuatan fizikal, dan seorang pemain yang agak versatil dari segi apa yang boleh ditawarkannya kepada pasukan,” lapor wartawan sukan Ben Jacobs.

Pasukan kendalian Michael Carrick itu dikatakan hampir memuktamadkan perpindahan bernilai 43 juta pound (RM229.2 juta) untuk membawa masuk pemain Brazil berkenaan selepas beberapa bulan rundingan berlangsung.

United akan menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris menentang Brighton & Hove Albion malam esok selepas mengesahkan kedudukan ketiga liga selain Carrick baru saja menandatangani kontrak tetap sebagai pengendali kelab.

Ederson dijangka mengisi kekosongan bakal ditinggalkan Casemiro yang semakin hampir menyertai Inter Miami.

Pemain berusia 27 tahun itu hanya memiliki baki setahun kontrak di Itali sekali gus menyebabkan nilai perpindahannya lebih rendah daripada jangkaan asal. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast