Nur Izzati Humaira Azizul.

KUALA LUMPUR – Siasatan kematian remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul di Bukit Changkat Asa Hulu Selangor, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, jenazah mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Ibrahim dalam kenyataannya berkata, jenazah Nur Izzati Humaira keluar dari kawasan kejadian jam 1.08 tengahari tadi selepas ditemukan kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada jam 11.58 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/05/26/jasad-nur-izzati-sempurna-tiada-kesan-cedera-tidak-diserang-haiwan-liar/

Beliau berkata, dalam kejadian Sabtu lalu, polis menerima maklumat dari Balai Bomba Tanjong Malim pada jam 2.30 petang memaklumkan seorang remaja perempuan hilang semasa turun dari pendakian bersama keluarganya di Bukit Changkat Asa, Hulu Bernam.

Katanya, aktiviti pendakian bermula jam 8.40 pagi, Sabtu bersama enam ahli keluarga.

“Pada jam 10.50 pagi, semasa perjalanan turun, semua pendaki berhenti rehat, manakala mangsa meminta kunci kereta dan beg galas daripada ibunya kerana mahu turun terlebih dahulu dan berehat di dalam kereta atas alasan tidak tahan panas dan penat.

“Kira-kira jam 11.35 pagi, apabila ibu mangsa sampai di kereta, dapati mangsa tiada dan disyaki hilang semasa dalam perjalanan turun seorang diri,” katanya.

Pencarian mangsa berusia 19 tahun selama empat hari itu membabitkan 114 kekuatan daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), malim gunung, pihak berkuasa tempatan serta sukarelawan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast