KUANTAN – Lelaki dihanyut arus Sungai Pahang berhampiran Kampung Peragap, Temerloh semalam ditemukan lemas pagi ini.
Mayat mangsa, Shamsul Azmi Ishury, 41 ditemukan dalam keadaan terapung di sungai itu kira-kira jam 9.35 pagi pada jarak 2.2 kilometer dari Kampung Loyang, Temerloh.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, beliau berkata, JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.30 pagi semalam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh digerakkan ke lokasi.
Berdasarkan maklumat awal, Zulfadli berkata, mangsa dipercayai berenang untuk menyeberangi Sungai Pahang sebelum dihanyutkan arus deras dan dikhuatiri lemas. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
















