Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melancarkan Buku ''Perang Iran-Israel di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AIZAT ZAINAL, 07 JUN 2026.

KUALA LUMPUR – Buku Perang Iran-Israel merupakan sebuah karya yang membincangkan antara isu geopolitik paling penting yang sedang mencorakkan dunia Islam pada masa kini.

Penulisnya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, naskhah itu mengupas latar sejarah konflik, perkembangan politik antarabangsa serta implikasinya terhadap umat Islam.

“Kandungannya menghimpunkan penelitian terhadap pelbagai sumber sejarah dan kajian ilmiah di samping pengalaman daripada pertemuan dan dialog bersama tokoh serta pemimpin dunia Islam dalam pelbagai siri lawatan dan persidangan antarabangsa.

“Semoga penerbitan ini dapat menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam terhadap isu semasa, memperkukuhkan kesedaran umat serta membantu masyarakat menilai sesuatu peristiwa berdasarkan neraca ilmu, sejarah dan panduan Islam,” katanya sempena pelancaran buku itu pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melancarkan Buku ”Perang Iran-Israel di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AIZAT ZAINAL, 07 JUN 2026.

Presiden Pas itu itu menambah, dunia hari ini sedang menyaksikan satu konflik besar yang memberi kesan kepada politik antarabangsa, keamanan dunia dan kedudukan umat Islam melibatkan perang Iran-Israel.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, isu tersebut tidak boleh dilihat hanya melalui laporan berita semasa tetapi perlu difahami daripada sudut sejarah, geopolitik dan perjalanan umat Islam itu sendiri.

“Atas keperluan tersebut, lahirlah karya terbaharu yang bertajuk Perang Iran-Israel yang mengupas latar sejarah konflik perkembangan semasa serta implikasinya kepada dunia Islam.

“Perang Iran-Israel merupakan antara konflik besar yang sedang berlaku pada zaman ini, yang perlu difahami oleh umat Islam bukan sekadar melalui berita semasa tetapi dengan melihat latar sejarah, realiti politik dan kedudukan umat Islam secara menyeluruh.

“Penulisan ini turut mengambil kira pengalaman sendiri yang pernah bertemu dan berinteraksi dengan pemimpin serta tokoh yang terlibat secara langsung agar umat Islam dapat menilai isu ini dengan lebih adil dan berpandukan ilmu.

“Penulisan juga turut disandarkan kepada pengalaman sendiri yang pernah bertemu dan berinteraksi dengan pemimpin serta tokoh yang terlibat secara langsung dalam perkembangan dunia Islam,” katanya. – MalaysiaGazette

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berucap pada Majlis Pelancaran Buku ”Perang Iran-Israel di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AIZAT ZAINAL, 07 JUN 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast