Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Kawasan selatan Semenanjung akan menjadi milik Pakatan Harapan (PH) dan Johor mampu menjadi titik permulaan kepada satu lagi kejayaan besar buat gabungan itu.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, medan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dijadikan ruang untuk rakyat membuat penilaian berdasarkan fakta, rekod dan hala tuju yang ditawarkan.

“Biarlah rakyat menilai siapa yang bekerja, siapa yang menyelesaikan masalah dan siapa yang benar-benar membawa harapan untuk masa depan negeri ini.

“Saya menyeru seluruh jentera supaya terus fokus menyampaikan maklumat yang benar.

“Jangan sesekali terjebak dengan politik kebencian, fitnah atau adu domba. Rakyat hari ini mahukan penyelesaian, bukannya permusuhan,” kata Saifuddin Nasution.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial.

Tambahnya, suasana kehadiran ribuan rakyat dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Johor malam tadi cukup membakar semangat.

“Saya dapat melihat sendiri kesungguhan, keyakinan dan semangat juang yang tinggi daripada seluruh jentera yang hadir.

“Selalu saya tekankan, sebuah negara tidak akan dapat bergerak dengan baik jika sentiasa dibelenggu ketidaktentuan politik. Hari ini, ekonomi negara semakin menunjukkan perkembangan yang positif dan semakin kukuh,” katanya.

Justeru menurut beliau, medan PRN Johor perlu dijadikan ruang untuk rakyat membuat penilaian berdasarkan fakta, rekod dan hala tuju yang ditawarkan.

Rakyat akan menilai siapa yang bekerja, siapa yang menyelesaikan masalah dan siapa yang benar-benar membawa harapan untuk masa depan negeri Johor.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast