LONDON – Penjaga gol veteran Scotland, Craig Gordon bakal mencipta rekod penampilan pemain paling tua pada usia 43 tahun menjelang saingan Piala Dunia 2026.
Ia diikuti legenda bola sepak iaitu bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo yang bakal mencecah usia 41 tahun selain kapten Croatia, Luka Modric dan wira Mexico, Guillermo Ochoa yang masih berbiza pada usia 40 tahun sekaligus embuktikan umur sekadar nombor.
Apa yang menarik, Ronaldo, Ochoa dan pemenang Piala Dunia 2022 dari Argentina, Lionel Messi kini berada di puncak gemilang untuk merekodkan penampilan keenam di pentas agung ini.
Selain itu, Piala Dunia 2026 akan yang berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada bakal menjadi medan ujian sebenar buat ubi muda yang sedia menggegar arena antarabangsa seperti Gilberto Mora dari Mexico yang baru berumur 17 tahun.

Tidak ketinggalan, pemain sayap sensasi Sepanyol berusia 18 tahun iaitu Lamine Yamal yang memiliki perbezaan umur lebih 20 tahun dengan Ronaldo, Ochoa dan Messi.
Turut seusia Yamal adalah bintang Republik Czech, Hugo Sochurek dan tonggak muda Australia, Lucas Herrington.
Kejohanan kali ini turut menjanjikan debaran penampilan sulung buat bintang berstatus kelas dunia seperti Erling Haaland dari Norway, Florian Wirtz dari Jerman dan Luis Diaz dari Colombia.
Piala Dunia FIFA 2026 akan menjadi edisi terbesar dalam sejarah kejohanan itu dengan penyertaan 48 negara dan sebanyak 104 perlawanan bermula Khamis ini selama sebulan. – Agensi

















