Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berucap pada Majlis Pelancaran Program CERMAT MADANI di Manhattan Ballroom Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 9 JUN 2026

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengenai kewujudan komplot politik untuk menjatuhkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini perlu dinilai sendiri oleh rakyat, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Menurut beliau, perkara itu kini berada di tangan pengundi memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah dibubarkan dan pilihan raya bakal diadakan.

“Kita dah bubar DUN. Biar rakyat buat penilaian dan buat keputusan. Rakyat ada mata untuk melihat apa yang berlaku.

“Biarlah rakyat yang membuat penilaian. Biarlah rakyat menjadi hakim terhadap perkara ini. Kita akan masuk pilihan raya dan lawan dalam pilihan raya,” katanya ketika hadir pada Majlis Peluncuran Inisiatif Cermat Madani di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan yang timbul susulan pendedahan berkaitan usaha menjatuhkan Aminuddin sebagai Menteri Besar.

Anthony bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung dakwaan yang timbul susulan pendedahan berkaitan usaha menjatuhkan Aminuddin sebagai Menteri Besar  sebaliknya berpandangan segala maklumat dan pendedahan yang muncul ketika ini akan dinilai oleh rakyat.

“Ini termasuk pendedahan daripada Bersatu berkenaan apa yang mereka rancang dengan Pas dan pihak-pihak lain. Rakyat akan menilai segala-gala itu.

“Dalam politik ini kita kena ada harapan. Tak boleh kecewa, kena ada harapan,” tegasnya.

Anthony turut enggan membuat sebarang spekulasi sama ada Pakatan Harapan (PH) akan memperoleh kelebihan susulan keputusan PAS pada Isnin menamatkan kerjasama dengan Bersatu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast