Bintang tengah Nottingham Forest, Elliot Anderson.

LONDON – Manchester City telah mengemukakan tawaran baharu bernilai £106 juta untuk pemain tengah Nottingham Forest, Elliot Anderson, lapor The Athletic.

Menurut wartawannya, David Ornstein, pakej tersebut boleh meningkat melebihi £120 juta melalui bonus berkaitan prestasi pemain tersebut.

Namun Forest masih mahu bayaran tetap yang melebihi rekod perpindahan British bernilai £125 juta yang dicatatkan Liverpool ketika mendapatkan Alexander Isak.

“Manchester United pula dilaporkan enggan membayar nilai perpindahan yang tinggi untuk mendapatkan Elliot Anderson.

“Meskipun minat Manchester United terhadap Elliot Anderson bukan lagi rahsia, namun kelab tidak bersedia membayar harga yang diminta Nottingham Forest sebesar £125 juta,” katanya.

Laporan itu berkata, Man United dilaporkan lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada pemain yang betul-betul berminat menyertai kelab dan kini mereka sedang menilai beberapa alternatif lain.

Antara nama yang dipertimbangkan ialah Mateus Fernandes (West Ham) dan Alex Scott (Bournemouth). – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast