Datuk Seri Hamzah Zainudin.

KUALA LUMPUR – Keputusan melantik semula bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dibuat melalui musyawarah dan akuan bersumpah (SD).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan melalui kedua-dua kaedah itu turut melibatkan semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, kaedah sama turut membabitkan keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu sebagai Pengerusi PN.

“Kedua-dua keputusan itu dibuat secara musyawarah termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen Pas dan turut mendapat SD daripada Ahli-ahli Parlimen PN.

“Semua Ahli Parlimen PN bersetuju,” katanya pada pada sidang media selepas Konvensyen RESET Malaysia di Tanah Merah, Kelantan hari ini.

Pada 15 Mei lalu, PN mengumumkan pelantikan Ahmad Samsuri yang jug Ahli Parlimen Kemaman, sebagai Ketua Pembangkang baharu menggantikan Hamzah sebagai penyandang.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ketetapan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Tertinggi gabungan itu yang dipengerusikan Ahmad Samsuri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast