KUALA LUMPUR – Pas bersetuju meneruskan khidmat Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang sejurus Ahli Parlimen Larut berkenaan mengumumkan parti baharu yang ditubuhkan iaitu Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pada masa sama, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kekal sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Pas bersetuju meneruskan khidmat Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. Ada keputusan, satu gol, itu satu. Yang kedua mengekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN.

“Yang ketiga malam ini di Negeri Sembilan akan diumumkan beberapa tokoh besar, menteri, Exco, tokoh NGO akan masuk parti kita, ini keputusan mengejutkan. Insya-Allah kita akan buat satu perubahan yang menggerakkan jentera kita menyelamatkan negara ini.

“Jadi akhirnyanya saya hendak hadiah pantun sempena gagasan kita ini. Mari melangkah mara ke haluan, tidak mundur langkah melasak, sama-sama memperkukuhkan perpaduan, membujur lalu melintang patah,” katanya berucap pada Konvensyen RESET Malaysia di Tanah Merah, Kelantan hari ini.

Yang turut hadir, Hamzah yang juga pengasas Gerakan RESET Malaysia; Ahmad Samsuri, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Pada 15 Mei lalu, PN mengumumkan pelantikan Ahmad Samsuri yang jug Ahli Parlimen Kemaman, sebagai Ketua Pembangkang baharu menggantikan Hamzah sebagai penyandang.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ketetapan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Tertinggi gabungan itu yang dipengerusikan Ahmad Samsuri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast