Lori dipandu hilang kawalan, langgar lori lain di laluan utama - Foto Ihsan Polis

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori cedera selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori lain dalam kejadian di Jalan Pendamar, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata nahas berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 4.39 petang.

“Lori jenis tipper berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh susur kiri jalan sebelum melanggar bahagian sisi sebuah lori yang berada di laluan utama dan mengakibatkannya terbalik.

“Pemandu lori tipper mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, manakala pemandu lori satu lagi hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Sehubungan itu, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi undang-undang yang telap ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast