Oplus_16908288

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung bulan depan kini sudah di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, senarai calon BN untuk PRN Johor akan diumumkan seminggu sebelum hari penamaan calon.

“Nanti kita akan umumkan (tarikh yang lebih khusus). Senarai sudah di peringkat yang sangat terakhir sekarang ini,” ujar Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas Majlis Zikir Peringatan Haul Asmaulhusna 2026 di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn di sink hari ini.

Turut hadir, Pengerusi BN Negeri Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ditanya mengenai peratusan calon muka baharu dan lama, Ahmad Zahid berkata, semuanya hanya akan diumumkan selepas senarai calon itu sudah dimuktamadkan.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh bagi penamaan calon PRN Johor adalah pada 27 Jun ini, manakala hari pengundian Awal pada 7 Julai dan 11 Julai pula ditetapkan untuk hari nengundi.

Semalam, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan calon pertama gabungan itu iaitu penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern yang dipilih untuk mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN Johor akan datang.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast