Penjaga gol Cape Verde, Vozinha. Foto media sosial.

AMERIKA SYARIKAT – Penjaga gol Cape Verde, Vozinha, 40, mengundang sebak di kalangan peminat bola sepak apabila menangis selepas pasukannya mencatat keputusan seri 0-0 menentang Sepanyol dalam penampilan sulung mereka di pentas Piala Dunia pagi tadi.

Penjaga gol berpengalaman itu menjadi watak penting ketika Cape Verde mengejutkan jaguh dunia itu apabila dia mendapat penilaian 8.4 daripada WhoScored dan melakukan tujuh penyelamatan penting sepanjang perlawanan.

Selepas wisel penamat, dia dikerumuni rakan sepasukan yang meraikan kejayaan bersejarah itu manakala wajahnya jelas menunjukkan emosi yang sukar dibendung.

Vozinha sudah mewakili Cape Verde sejak 2012 dan perlawanan menentang Sepanyol itu adalah penampilan antarabangsa ke-89 buatnya.

“Saya menangis selepas perlawanan kerana ketika kecil saya dibesarkan oleh datuk dan nenek dan hari ini mereka tidak dapat berada di sini kerana sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

“Ibu saya juga tidak dapat datang kerana masalah visa dan kos yang perlu ditanggung. Kami tidak sempat menguruskannya,” katanya selepas tamat perlawanan.

Gara-gara insiden itu, Vozinha yang mempunyai hampir 50,000 pengikut di Instagram sebelum perlawanan bermula terkejut kerana jumlah pengikutnya itu meningkat hampir empat juta pengikut baharu selepas perlawanan berakhir.

Aksi hebatnya telah menarik pengulas di saluran Brazil, Caze TV sehingga mereka menggesa penonton membantu Vozinha mencapai 100,000 pengikut Instagram ketika waktu rehat perlawanan.

Seruan itu disambut peminat yang beramai-ramai mengikuti akaunnya dengan jumlah pengikut meningkat kepada 220,000 dalam tempoh kurang seminit.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast