UCSI

KUALA LUMPUR – Universiti UCSI terus mengukuhkan kedudukannya di persada pendidikan tinggi global apabila disenaraikan di tempat ke-282 dalam QS World University Rankings 2027.

Pencapaian ini turut menyaksikan UCSI berada dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia bagi tahun kelima berturut-turut, mengesahkan reputasinya sebagai salah satu institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia.

Menurut Presiden dan Naib Canselor UCSI, Prof Emeritus Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir, pencapaian tersebut amat membanggakan memandangkan persaingan dalam penarafan universiti global semakin sengit.

“Kedudukan ini mencerminkan kecemerlangan berterusan UCSI dalam bidang akademik, penyelidikan, jaringan antarabangsa dan kebolehpasaran graduan.

“Kami akan terus memperluas pengaruh UCSI di peringkat antarabangsa, memperkukuh agenda penyelidikan dan mempererat kerjasama strategik dengan rakan-rakan antarabangsa,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast