Fakharuddin Moslim

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mempunyai ramai tokoh berkaliber untuk menjadi menteri besar jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fakharuddin Moslim berkata, PH tidak bergerak secara solo sebaliknya berkerja secara berpasukan berdepan PRN itu.

“PH ada ramai tokoh dan pemimpin berkaliber. Kita bukan one man show, kita bina kepimpinan berpasukan.

“Yang penting bukan siapa kapten diumumkan paling awal, tetapi siapa yang rakyat yg akan pilih untuk memimpin Johor selepas wisel penamat dibunyikan.

“Kalau tukar kapten bermaksud pasukan bermasalah, macam mana BN Johor boleh bertukar daripada Hasni kepada Onn Hafiz?

“Logik yang sama tak terpakai ke,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mempersoalkan tawaran yang mampu dikemukakan PH kepada rakyat negeri ini sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas PRN Johor pada 11 Julai ini.

Menurut Onn Hafiz, sehingga kini, PH masih gagal menampilkan calon Menteri Besar Johor yang jelas untuk ditawarkan kepada rakyat selain tidak mengemukakan pelan pembangunan yang meyakinkan bagi masa depan Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast