Seorang wanita ditahan kerana memiliki 30 botol air ketum dan daun ketum di Penampang, Sabah. - Foto: Facebook Polis Sabah

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan berusia 43 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses dan menyimpan air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Ulu Seberang, Putatan pada 19 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Penampang kira-kira pukul 1 petang hasil maklumat risikan yang diterima.

Hasil pemeriksaan menemui dan merampas 30 botol plastik berisi cecair disyaki air ketum serta satu karung plastik putih yang mengandungi dedaun hijau disyaki daun ketum.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM975,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sammy berkata, polis turut menyita beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses air ketum.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast